Kisahrumah habib ali batu pahat yg memancarkan cahaya kelangit. Banyak di antara pecinta beliau yang ingin membangunkan rumah mewah sebagai. La wafat pada tahun 1976 di kota tarim. Jenazahnya dimakamkan di pemakaman zanbal, berdekatan dengan makam datuknya, habib abdullah alaydrus. Jenazahnya dimakamkan di pemakaman zanbal, berdekatan dengan
antarajohor dan kuala lumpur, terdapat sebuah desa terpencil iaitu "batu pahat" yang di wilayah tersebut tinggallah seorang soleh yang doanya tidak pernah ditolak oleh allah swt, al-habib ali bin ja'far al-aydrus, seorang yang lanjut usianya, waktunya dihabiskan untuk menemui tetamunya siang dan malam, dengan rumah yang sangat sempit dan
5Fakta Ismail Fajrie Alatas, Tunangan Tsamara Amany yang Bikin Penasaran. Sosok Ismail Fajrie tunangan Tsamara Alatas (Foto : @ifalatas/Instagram) Pertunangan Tsamara Amany Alatas dengan Ismail Fajrie Alatas mendadak jadi sorotan publik. Selain adanya perbedaan usia, kisah cintanya yang disembunyikan itu juga bikin publik penasaran.
Mungkintak banyak orang yang tahu bahwa Habib Ali Batu Pahat ini kelahiran Nusantara, tepatnya di Purwakarta, Jawa Barat, pada tahun 1919. Sebagian keluarganya saat ini juga masih berada di sana. Tahun 1926, yaitu saat berumur tujuh tahun, ia tiba di Singapura. Tapi hanya sebentar, lalu ia kembali lagi ke Indonesia.
CERITAZUHUDNYA HABIB ALI BIN JA'FAR ALAYDRUS BATU PAHAT JOHOR MALAYSIA oleh Habib Haiqal Alaydrus dari kota Medan Sumut.#habibalibinjafaralaydrus #habibalib
5Upu. Antara Johor dan Kuala lumpur, terdapat sebuah desa terpencil iaitu "Batu pahat" yang di wilayah tersebut tinggallah seorang soleh yang doanya tidak pernah ditolak oleh Allah SWT, Al-Habib Ali bin Ja'far Al-Aydrus, seorang yang lanjut usianya, waktunya dihabiskan untuk menemui tetamunya siang dan malam, dengan rumah yang sangat sempit dan sederhana, namun para Habaib dan Ulama-ulama dunia bila berkunjung ke kuala lumpur, pastilah akan berkunjung untuk mendatangi beliau, telah ramai para habaib besar yang mengunjungi beliau, diantaranya Al-Habib Umar bin Hafidh Hadramaut, Al-Habib Muhammad bin Alwi Al-Maliki Makkah, Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Smeith Madinah, Al-Habib Hasan bin Abdullah As-Syathiri Hadramaut, Al-Habib Salim bin Abdullah As-Syathiri Hadramaut, Al-Habib Abdulqadir bin Ahmad Assegaf dan ramai lagi para Habaib besar yang selalu mengunjungi beliau, dan ayah beliau adalah salah seorang yang Luhur dan Agung disisi Allah, Al-Habib Ja'far Al-Aydrus yang termasyhur hampir seluruh dunia sebagai orang yang soleh dan telah berada pada kelompok dalam kumpulan ahli Shiddiqiyyatil Kubra, dan puteranya Al-Habib Ali bin Ja'far yang kelihatan tidak memiliki apa-apa, dan selalu menunduk dan dipenuhi kerendahan diri dan kesopanan pada para tetamunya ini, bersuara lembut dan penuh kasih sayang ini, beliau bagaikan Intan berlian yang bersinar ditengah-tengah gelapnya suasana beliauNasihat pertama Bacalah Al-Quran. Ikutilah Al-Quran. Al-Quran itu adalah karangan Pencipta kita. Hidup kita pasti selamat jika kita berpandukan keduaJangan bergaduh antara satu sama lain. Yakni antara adik beradik, ahli keluarga, sahabat-sahabat, saudara-mara dan sebagainya. Jika ada pergaduhan, cepat-cepatlah berbaik-baik antara satu sama ketigaBertaubatlah kamu sebelum pintu taubat tertutup untukmu. Di sini boleh bermakna ajal ataupun munculnya tanda-tanda besar Kiamat. Nasihat keempat Allah SWT itu adalah Khalik iaitu sang Pencipta. Manusia hanyalah Makhluk iaiatu yang dicipta. Maka manusia itu patut mematuhi apa sahaja perintah-perintah Pencipta bukan Pencipta mematuhi perintah manusia. Takutlah pada Allah SWT dengan bertaqwa pada Allah SWT. Jika manusia tidak takut pada Allah siapa yang dia takutkan? Akibat tidak takut pada Allah SWT, banyak masalah telah ditimpa pada manusia itu sendiri. Turutilah semua perintah-perintah Allah SWT dan juga Nabi Muhammad SAW yakni Rasul dan Nabi yang terakhir. Ingatlah tiada Nabi selepas Rasulullah kelimaSolat lima waktu mesti di laksanakan di mana jua, tanpa mengenal masa. Allah SWT telah meringankan solat dari lima puluh waktu kepada hanya lima waktu sahaja maka itu jangan sekali-kali tinggalkan Solat-solat keenamAnak-anak kita mesti dilatih berpuasa apabila menjangkau usia 10 tahun paling lambat.
Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus. Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Kebetulan hamba free, dan dah lama tak balik Batu Pahat dan memang rezeki hamba nak jumpa Pak Habib Ali ini, semua urusan hamba dipermudahkan. Hamba memang anak jati Batu Pahat, lahir di Kg Tanjong Semberong lebih kurang 15 km dari bandar. Tapi yang peliknya hamba tak pernah dengar apalagi kenal dengan Habib Ali ini. Hamba tertanya-tanya siapa sebenarnya Pak Habib ini, adakah dia seorang Tok Guru, ulamak, imam, ustaz atau pengamal perubatan Islam. Di Bandar Batu Pahat ini memang ramai ahli perniagaan keturunan Arab yang Berjaya dan kaya raya menjalankan perniagaan menjual kitab, kain, karpet dan lain-lain. Hamba sampai ke rumah Pak Habib Ali selepas waktu Zohor. Hamba perhatikan ruang tamu rumah pak Habib yang kecil itu sudah dipenuhi oleh beberapa orang dari Singapura dan Indonesia, yang kelihatan hidung mereka mancung-mancung belaka, mungkin dari kalangan keturunan keluarga syed-syed juga. Pak Habib menerima kunjungan tetamunya dengan senyuman dan sapaan yang lembut. Tiba-tiba macam meresap rasa tenang, aman dan damai dalam hati. Pak Habib ini seorang yg sangat sederhana, dengan rumah yang sangat kecil, sempit dan macam orang kampong biasa sahaja. Rumah itu disewanya, separuh batu separuh papan. Diceritakan ada individu yang menawarkan untuk membina sebuah rumah yang lebih besar dan selesa untuknya, tetapi Pak Habib menolak tawaran tersebut, Di rumah kecil itulah Pak Habib dengan sangat santun menerima tetamu dari segala peringkat, kaya, miskin, ulamak, orang awam, dan siapapun. Dikatakan juga jika tetamu datang waktu makan, Pak Habib tidak mengizin mereka balik kecuali setelah makan bersama beliau. Hamba perhatikan, Pak Habib Ali ini sentiasa memberi nasihat yang baik-baik. Hamba ingat dia kata kesihatan adalah anugerah yang besar dari Allah, kita kena bersyukur. Cakapnya lembut tapi meresap ke dalam hati. Masa terasa cepat berlalu. Kami dihidangkan dengan kopi O dan kuih yang sedap. Seperti biasa jika kita menziarahi orang alim, sebelum balik kita minta orang alim itu mendoakan agar Allah memberi kebaikan untuk kita. Pak Habib ini memang memilikki sifat tawaduk yang sangat mengkagumkan, dengan lembut dan sopan dia meminta salah seorang dari kami untuk membaca doa. Pak Habib mengaminkan bersama kami. Pak Habib Ali kata, cukup dia mengaminkan sahaja. Beberapa tahun kemudian, rakan hamba mengajak menziarahi kembali Pak Habib Ali, ada tetamu dari luar negara akan datang menziarahi Pak Habib, katanya. Oleh kerana hamba tak ke mana-mana, hamba setuju dan ajak anak hamba Abdul Rahman ikut sama. Seperti yang dirancang sampai rumah Pak Habib, rombongan orang alim dari Yaman, Iraq, Patani, Indonesia dan Singapura pun sampai dalam masa yang hampir sama. Mereka memang dalam rangka lawatan dari Terengganu dan ke Johor. Hamba diberitahu kebanyakan dari mereka adalah ulamak dan beberapa Negara Arab, mufti dari Patani dan kiai dari pesantren di Indonesia. Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri. Suasana perbualan diselang-selikan dalam bahasa Arab. Pak Habib petah bercerita tentang kenangan lama. memberikan nasihat dan kata-kata yang baik-baik. Hamba orang awam yang temankan kawan, hanya mendengar sahaja perbualan tersebut. Terasa diri begitu kerdil berada dalam lingkungan orang yang hebat-hebat itu. Satu lagi hamba kagum bila mendapati tandas rumah Pak Habib ini letak di luar, dan sangat bersih. Sebelum balik, Pak Habib menolak untuk menerima “wang” dari sebarang tetamunya. Tetapi yang hebatnya dia memberi anak hamba , Abdul Rahman, 5 ringgit Singapura. Kami makan tengahari di sebuah restoran asam pedas terkenal di bandar Batu Pahat, ada orang kaya dari Terengganu sponsor. Selepas itu hamba balik semula ke Segamat. Lama kemudian, rakan hamba memberi tahu Pak Habib telah kembali ke Rahmatullah. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang Habib Ali ini hamba membaca beberapa blog, dan hamba mohon dihalalkan untuk menyalin dan mengolah cerita tersebut. Ayahanda Habib Ali, Habib Syed Jaafar bin Ahmad Al Idrus, berhijrah ke Singapura pada tahun 1930an dari Indonesia dan menetap di Lorong 30 Geylang. Habib Ja'far mempunyai 10 putra, yakni Abdullah, Abdul Qadir, Ali, Salim, ldrus, Thaha, Ahmad, Abubakar, Thahir, dan Alwi, serta beberapa putri. Habib Ja'far kembali ke Hadhramaut pada tahun 1938. Habib Ali dilahirkan di Purwakarta, Jawa Barat, pada tahun 1919. Pada 1926, iaitu ketika berumur tujuh tahun, beliau telah berhijrah ke Singapura. Tapi tak lama, keluarga Habib Ali pulang semula ke Indonesia. Pada tahun 1929, untuk kedua kalinya beliau datang ke Singapura dan kemudian menetap di sana hingga tahun 1942. Beliau tinggal di Arab Street. Setelah itu, Habib Ali berhijrah ke Batu Pahat, Johor. Di antara nasihat Habib Ali; "Allah SWT adalah Sang Khaliq. Manusia hanyalah makhluk. Maka, manusia harus mematuhi apa pun perintah Sang Maha Pencipta, bukan Sang Maha Pencipta yang mematuhi perintah manusia." Bacalah Al-Quran. Ikutilah Al-Quran. Al-Quran itu adalah karangan Pencipta kita. Hidup kita pasti selamat jika kita berpandukan Al-Quran. Jangan bergaduh antara satu sama lain. Yakni antara adik beradik, ahli keluarga, sahabat-sahabat, saudara-mara dan sebagainya. Jika ada pergaduhan, cepat-cepat lah berbaik-baik antara satu sama lain. Bertaubatlah kamu sebelum pintu taubat tertutup untukmu. Di sini boleh bermakna ajal ataupun munculnya tanda-tanda besar Kiamat. Takutlah pada Allah swt dengan bertaqwa pada Allah swt. Jika manusia tidak takut pada Allah siapa yang dia takutkan? Akibat tidak takut pada Allah swt, banyak masalah telah ditimpa pada manusia itu sendiri. Turutilah semua perintah2 Allah swt dan juga Nabi Muhammad yakni Rasul dan Nabi yang terakhir. Ingatlah tiada Nabi selepas Rasulullah solollah alahi wassalam. Solat lima waktu mesti di laksanakan di mana jua, tanpa mengenal masa. Allah swt telah meringankan solat dari lima puluh waktu kepada hanya lima waktu sahaja maka itu jangan sekali-kali tinggalkan solat-solat fardhu. Anak-anak kita mesti dilatih berpuasa apabila menjangkau usia 10 tahun selambat-lambatnya. Habib Ali meninggal dunia pada hari Khamis 13 Mei 2010, sekitar pukul petang. Jenazahnya telah dimakamkan pada hari Jumaat, di Tanah Pekuburan Islam Bukit Cermai, Batu Pahat. Semoga ketabahan dan ketawakalan mengiringi hati keluarga dan para pecintanya atas pulangnya Habib Ali ke Rahmatullah. Al Fatihah untuk insan yang tak di kenali di bumi tetapi dikenali di ...
habib ali batu pahat